Headlines News :

Iklan

Iklan

Iklan

Iklan

AirAsia sebabkan kesesakan di LCCT, kata Jabatan Imigresen

Jabatan Imigresen hari ini mendakwa punca kesesakan luar biasa orang awam di Terminal
Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang semalam adalah disebabkan oleh pengurusan syarikat penerbangan AirAsia.
Ketua Pengarahnya Datuk Aloyah Mamat berkata kesesakan berlaku disebabkan keengganan AirAsia berpindah ke terminal baru di klia2 pada Jumaat lepas dan mahu kekal di LCCT sehingga 9 Mei manakala syarikat penerbangan lain telahpun berpindah.
Katanya, Jabatan Imigresen bersama agensi-agensi lain mengadakan beberapa perbincangan dengan pihak penerbangan yang terlibat berhubung jangkaan kesesakan jika agensi-agensi kerajaan terpaksa beroperasi di kedua-dua lapangan terbang, LCCT dan klia2.

"Pada masa yang sama kerana pegawai Imigresen terpaksa dipecahkan kepada dua kumpulan dan berdasarkan arahan pembukaan klia2 pada Jumaat lepas, sebahagian pegawai Imigresen yang bertugas di LCCT serta peralatan dipindahkan ke klia2," katanya.
Beliau berkata sebelum pembukaan klia2, jumlah kaunter Imigresen yang beroperasi di LCCT adalah sebanyak empat kaunter dan tiga “autogate” bagi warga tempatan dan 22 kaunter untuk pelawat asing.
Aloyah berkata disebabkan jabatan itu beroperasi di kedua-dua terminal, kaunter pemeriksaan Imigresen bagi kaunter pelawat asing di LCCT dikurangkan kepada 11 kaunter sahaja.
Katanya secara keseluruhannya, 60% pegawai Imigresen masih kekal di LCCT untuk menguruskan penumpang daripada penerbangan AirAsia dan hanya 40% sahaja dipindahkan ke klia2.
Sehubungan itu, beliau berharap perkhidmatan kaunter Imigresen dapat beroperasi sepenuhnya dan akan kembali seperti biasa serta dapat mempertingkatkan kemudahan tanpa menjejaskan pemeriksaan dan kawalan negara selepas semua penerbangan beroperasi di klia2 pada Jumaat ini.
Beberapa portal berita dan laman sosial semalam melaporkan kesesakan di kaunter Imigresen di LCCT yang menyebabkan ramai penumpang terpaksa menunggu untuk tempoh lama. – Bernama

Menang PRU13 dengan selesa, setahun kemudian penjarakan musuh politik?

Setahun selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 dengan undi dan
kerusi lebih sedikit, lebih ramai ahli Parlimen pembangkang Pakatan Rakyat didakwa dan boleh jadi dipenjarakan.
Esok Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok akan didakwa di bawah Akta Hasutan, beberapa minggu selepas mendiang Karpal Singh didapati bersalah di bawah akta yang sama.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim besar kemungkinan akan dipenjara buat kali kedua kerana didapati bersalah meliwat manakala rakan PKR beliau, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka akan didakwa semula di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Baru dua minggu lepas Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman – yang mewajibkan notis 10 hari sebelum perhimpunan – tidak berperlembagaan.
Pada Julai 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Akta Hasutan akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional yang belum siap ketika lebih ramai yang didakwa di bawah Akta Hasutan.
Apakah rakyat Malaysia atau 51% pengundi yang memberikan undi kepada Pakatan akan hanya memandang wakil rakyat mereka satu persatu diambil, yang berfikir mereka hanya boleh menang dengan membuatkan pembangkang “hilang”?
Dan ia dari Najib yang dipuji kerana berjiwa reformis oleh Presiden Amerika Barack Obama yang melawat Malaysia dua minggu lalu.
Apakah kerajaan akan berkata ini adalah keputusan bebas pihak pendakwa sedangkan semua tahu hatta operasi untuk mencari kapal terbang yang hilang juga memerlukan kelulusan Putrajaya?
Atau pendakwaraya yang memaksa dakwaan terhadap Kok kerana hasutan melalui klip video “Onederful Malaysia” dan Nik Nazmi kerana kesalahan di bawah undang-undang yang tidak berperlembagaan.
Realitinya adalah semuanya terletak di tangan perdana menteri. Projek R&D juga memerlukan kelulusan beliau.
Apakah lagi mendakwa pembangkang?
Walaupun pilihan raya akan datang empat tahun lagi, namun usaha sistematik untuk membuang pemimpin pembangkang yang popular menunjukkan Putrajaya membelakangkan jiwa reformisnya dan kembali kepada cara lama.
Bagaimana lagi BN boleh menang pilihan raya selain dari secara fizikal membuang pemimpin politik dengan menggunakan undang-undang kuno seperti Akta Hasutan?
Apakah rakyat akan percaya lagi dengan slogan 1Malaysia yang dibuat Najib "era kerajaan semua tahu sudah berlalu" bila beliau menjadi perdana menteri 2009 lalu?
Tidak ada cara lain lagi melainkan memberitahu kerajaan bahawa rakyat yang meletakkan mereka ke tampuk kuasa dan rakyat akan menjatuhkan kerajaan yang gagal menunaikan janjinya

Semakan kehakiman guna kalimah 'Allah' ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Sidang Injil Borneo (SIB) untuk mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri yang melarang pengimportan buku Kristian mengandungi kalimah "Allah".

Hakim Datuk Zaleha memutuskan Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kalimah 'Allah' bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Dalam penghakiman beliau, yang dibaca Penolong Kanan Pendaftar N. Arun di dalam kamar, Zaleha berkata mahkamah itu tiada pilihan selain merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kementerian Dalam Negeri lawan Gereja Roman Katolik berhubung larangan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan mingguannya, 'Herald'.

"Oleh yang demikian, walaupun keputusan itu adalah khusus bagi Herald, semua hakim yang arif berpendapat bahawa kalimah "Allah" bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan Kristian dan oleh itu, larangan menteri berkenaan tidak bercanggah dengan perlembagaan.

"Selagi keputusan itu terpakai, doktrin 'stare decisis' (duluan), mahkamah ini terikat dengan keputusan mahkamah lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata mahkamah menolak permohonan itu dengan tidak mengenakan sebarang printah berkaitan kos.

Pada 10 Dis 2007, SIB dan presidennya Rev Jerry W. A. Dusing alias Jerry W. Patel, memfailkan permohonan untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan bagi mencabar tindakan Jabatan Kastam merampas buku yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos, 2007.

Buku berkenaan bagaimanapun dikembalikan kepada gereja itu pada 25 Jan 2008.

Mereka memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah "Allah" dalam semua penerbitan dan amalan agama mereka, bukan sahaja di gereja.

Peguam Lim Heng Seng mewakili gereja berkenaan dan Dusing, manakala peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili kerajaan. - Bernama

Onederful M'sia: Teresa Kok didakwa di mahkamah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala

Lumpur esok berkait penyiaran video satira politik 'Onederful Malaysia CNY 2014' di Youtube Januari lalu.
Beliau akan didakwa bawah Akta Hasutan di mahkamah itu jam 9.30 pagi.

Teresa sebelum ini dikritik hebat oleh NGO pro Umno ekoran penerbitan video 11 minit itu.

Sekumpulan NGO Islam turut juga menawarkan habuan RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Teresa

Risda tak boleh harap, wawasan dah naik kurap

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
PIHAK Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) ditubuhkan pada 8 Februari
1973 dengan objektif yang sungguh murni.
Agensi itu bertekad membimbing sektor pekebun kecil ke arah kemajuan dan perkembangan ekonomi dan sosial. Risda juga akan menentukan perusahaan getah asli negara ini bertambah teguh dan stabil.


Dalam ucapan sempena perasmian Risda, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak Hussein berkata, "Saya juga telah mengarahkan Risda supaya mengadakan satu "integrated approach" terhadap semua masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil. Pada masa yang lampau masalah pekebun kecil dikendalikan oleh beberapa pertubuhan iaitu Lembaga Perusahaan Getah (Tanam Semula), Pusat Penyelidikan Getah (RRI) dan juga Mardec. 
“Semua ini sekarang akan dikendalikan oleh Risda. Dengan ini bolehlah dijalankan perlaksanaan secara paduserentak akan hasil-hasil penyelidikan yang dijalankan RRIM dan juga sistem pemasaran yang dijalankan oleh Mardec untuk manfaat semua pekebun kecil di negara ini. Dengan cara "integrated approach" inilah maka Risda akan mempastikan bahawa sektor pekebun kecil yang diperbaharui dalam semua aspek untuk meninggikan taraf ekonomi pekebun-pekebun kecil dan memberikan kehidupan yang lebih sempurna." 

Empat puluh tahun sudah berlalu. Jika wawasan murni Risda diterjemahkan kepada pelaksanaan maka hari ini masyarakat pekebun kecil getah sudah berada di tahap kehidupan yang sempurna dari aspek saraan hidup. Tegasnya, hasil getah sudah cukup untuk menyara kehidupan seharian.
Malangnya ia tidak berlaku. Hari ini masyarakat pekebun kecil getah kembali dihimpit kesengsaraan sama seperti 40 tahun dahulu sehingga mencetuskan Demonstrasi Baling, satu peristiwa besar negara yang tidak pernah terpadam daripada catatan sejarah.
Bajet untuk Risda sangatlah besar iaitu RM800 juta (2014). Antara sasaran pencapaian Risda adalah meningkatkan pencapaian tanam semula di peringkat pembangunan tanah, meningkatkan produktiviti kebun getah, meningkatkan perolehan harga komoditi di peringkat ladang (framgate price), meningkatkan modal insan pekebun kecil melalui program latihan dan pengdampingan dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Sekali lagi segala sasaran pencapaian menjadi hampas transformasi. Pihak yang kaya adalah Risda sedangkan yang terhimpit adalah para pekebun kecil.
Selama ini cukai ses dipotong daripada pekebun kecil 10 sekilogram kepada Risda dan empat sen sekilogram kepada Lembaga Getah Malaysia. Sewajarnya ia perlu dikira semula berdasarkan pengeluaran semasa. Pengumpulan 10 sen untuk tujuan pemulangan semula (tanam semula) mesti dikira semula dengan munasabah supaya penoreh yang menyumbang potongan tersebut dapat menikmati semula dengan adil.
Kos memproses di kilang-kilang ditanggung bersama antara pengilang, pemain industri (broker, dealer, pedagang) dan pengeluar. Sebenarnya kos memproses maksimum yang munasabah ialah RM1.00 sekilogram bukannya RM1.40 - RM2.30 kini yang hanya mengutamakan pihak atasan. Mereka asyik nikmati isi, penoreh makan kuah.
Satu lagi isu yang menekan pekebun kecil ialah sukatan untuk kandungan getah kering (DRC). Selama ini DRC ditentukan dengan sukatan mata kasar. Pembeli macam seolah-olah mengambil kesempatan dengan sikap orang Melayu di kampung-kampung yang ‘tidak berkira’ dan boleh untuk berlebih kurang. LGM perlu mengkomersialkan tolok penyukat DRC yang telah dicipta daripada wang yg diambil atas alasan R&D daripada pekebun kecil kira-kira RM4 sesekilogram). Undang-undang kecil perlu diwujudkan untuk menjamin DRC tidak ditentukan secara andaian mata kasar sahaja.
Tuntutan paling utama yang mesti ditunaikan oleh kerajaan ialah harga lantai RM4 sekilogram. Tuntutan ini yang akan menjadi agenda penting dalam himpunan penoreh getah yang dirancang akan diadakan di Baling 5 April nanti.
Khabarnya sementara himpunan besar para penoreh menjadi kenyataan, para pemimpin kerajaan Pusat sudah naik gelabah menghadapi situasi kemarahan masyarakat pekebun getah. Khabarnya juga ada sesuatu untuk masyarakat pekebun getah yang akan mereka umumkan. Semuanya gara-gara ‘hasutan’ pembangkang. Tahupun kuasa pembangkang…

 

Iklan

Iklan

Iklan

Iklan

Iklan

Iklan

Video

Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pak Nayan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger