Headlines News :
Home » » Mengapa BN pimpinan Umno semakin membusuk…

Mengapa BN pimpinan Umno semakin membusuk…

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 8:23 AM

Oleh Ng Kee Seng

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013, rakyat tertanya-tanya samada Pakatan
Rakyat mampu melakukan kejutan sebagaimana Tsunami yang melanda pada 2008.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengetuai jentera Selangor bagi mengembalikan kuasanya di negeri termaju itu. Ramai berpendapat Selangor bakal jatuh ke tangan Barisan.

Bagaimanapun, keputusan PRU13 menyaksikan Pakatan kembali memerintah Selangor bagi penggal kedua.Ia menang dengan majoriti dua pertiga, menyapu 44 kerusi daripada 56 yang ditandinginya dan menyaksikan peningkatan dari segi jumlah undi.
Di peringkat persekutuan, buat kali pertama di dalam sejarah, Barisan Nasional kecundang dari segi undi popular kepada Pakatan Rakyat. Pengundi Malaysia memberi pakatan 52 peratus sokongan.
Segala macam hujah diberi bagi menjelaskan bahawa pakatan semakin popular sementara masa depan BN semakin kabur. Keputusan PRU13 dibuat perbandingan dengan PRU12.
Tidak perlu kita menghasilkan tesis tentang merudumnya pengaruh politik Barisan Nasional.
Rakyat Malaysia hari ini berpengetahuan luas, mendapat pendidikan dan semakin cerdik. Mereka tahu segala retorik yang dilontar pemimpin Barisan. Mereka tidak mudah dimanipulasi dengan agenda ‘tiada tindakan, cakap sahaja berdegar-degar’ yang menjadi senjata BN.
Mereka boleh lihat sendiri bertapa janji yang dibuat BN tidak ditepati sementara kata-kata tidak juga diiringi tindakan.
Ahli politik memang sudah dicap pandai bermain kata, sambil memberi janji-janji kosong buat memenangi pilihanraya.
Bahkan politik wang yang menyaksikan jutaan ringgit ditaburkan ketika musim pilihanraya tidak lagi memberi jaminan kemenangan bagi BN. Di P.Pinang perkara ini dibuktikan.
Rakyat semakin pandai – mereka tahu wang ringgit serta habuan yang diagihkan tidak datang daripada poket pemimpin BN sendiri. Ianya wang rakyat juga.
Kini, apa yang diperhatikan rakyat ialah kejujuran serta kualiti pentadbiran kerajaan. Selepas tamatnya tempoh lima tahun pemerintahan, pengundi akan melaksanakan tanggungjawab memilih kerajaan yang mereka hajati.
Sejak kemerdekaan pada 1957, Parti Perikatan/Barisan Nasional telah berada di tampuk kuasa.
Terdapat kelemahan nyata di dalam pentadbiran negara yang diterajui BN selama berdekad lamanya.
Gambar ini diambil daripada laman Facebook dan menceritakan kawasan pembinaan di Batu 11 Cheras (Hulu Langat). Perkara ini jarang berlaku.
Notis kerja di tapak ini menyatakan bahawa sebuah tokong Cina diluluskan pembinaan oleh Majlis Perbandaran Kajang.
Sudah tentu, ia tidak semestinya menerima dana daripada kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.
Pengurusan kuil Hindu dan Tokong Cina di Malaysia digerakkan wang sumbangan dan bukannya daripada hasil kerajaan.
Berapa kali kita melihat papan kenyataan seperti ini di Selangor ketika BN memegang kuasa. Inilah bukti kebebasan beragama di negeri Pakatan ini.
Malah di negeri Kelantan yang dipimpin PAS, pembinaan kuil Buddha yang terbesar di negara ini mendapat kelulusan. Inilah toleransi beragama yang gagal diterapkan di dalam pentadbiran kerajaan negeri BN.
Kita bandingkan pula sikap serta kata-kata yang dihambur pertubuhan tajaan Umno seperti Perkasa, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) (haramkan penggunaan Bahasa Malaysia di dalam gereja), serta individu termasuk naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noodin dan ahli parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad (kini hudud boleh dilaksana kerana mayat Karpal boleh dilangkah). Watak lain seperti penulis blog Papagomo (mahu melangkah mayat pemimpin DAP itu) juga dianggap moron kerana memalu gendang ketegangan dan sering berkata nista bagi memecahbelah perpaduan. Slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib seakan dibakulsampahkan.
Malah, seorang bekas ketua hakim mahkamah rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah juga turut sama mengejutkan kita apabila berkata patung Hindu di Batu Caves dan kuil Goddess of Mercy di Air Hitam, P.Pinang wajar dirobohkan kerana mengancam akidah umat Islam yang melarang berhala disembah.
Soalan ini kita utarakan: Apakah pendirian Najib dan timbalannya di dalam berdepan kata-kata nista yang dihambur golongan fanatik keagamaan ini? Mengapa seakan tidak peduli dan gagal menyelar tindakan yang menyebabkan ketegangan agama/kaum ini? Adakah pemimpin tertinggi parti komponen BN tidak sedar bahawa golongan muda meninggalkan mereka kerana mahukan keamanan dan demokrasi yang didakwa lebih subur di dalam Pakatan?
Adakah BN pimpinan Umno tidak dapat berubah sedangkan rakyat semakin hari semakin cerdik di dalam menilai ideologi politik? Atau mungkin mereka angkuh. Rakyat mengharapkan kerajaan berwibawa yang menghormati hak, keadilan dan kesamarataan.
Sukar sangatkah bagi BN memberikan apa yang diharapkan rakyat Malaysia? Pada 5 Mei ini, BN telah setahun berkuasa setelah selesainya PRU13. Ia berterusan dengan dasar “urusan seperti biasa” dan “kerajaan tahu yang terbaik”.
Pada PRU14 kelak (mungkin diadakan pada 2018), jangan salahkan rakyat yang bakal memilih kerajaan yang lebih berhak.
Ng Kee Seng pecaya pada Tuhan. Bagi demokrasi sihat, setiap rakyat Malaysia perlu memainkan watak dan peranan membina negara. - See more at: http://bm.theantdaily.com
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pak Nayan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger