Oleh HAMBALI AKRAM
Kerajaan Umno-BN sanggup menghabiskan RM25 juta bagi membina Pusat Konservasi
dan Pameran
Panda dan pembiayaan dua ekor Panda dari China di Zoo
Negara. Jumlah itu tidak termasuk pembiayaan kawalan suhu sebanyak
RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun
selama 10 tahun.
Saya tidak nampak di manakah rasional tindakan kerajaan Umno-BN menghabiskan duit rakyat untuk perkara yang tidak penting.
Dalam
suasana rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup akibat
salah urus ekonomi negara, di samping hutang negara yang melebihi 500
bilion, tiba-tiba Umno-BN dengan murah hatinya menghabiskan duit kerana
dua ekor panda tersebut.
Dengan jumlah tersebut berapa banyak
keluarga miskin dapat dibantu. Berapa banyak biasiswa dapat dikeluarkan.
Berapa banyak rumah untuk keluarga miskin dapat dibina.
Mereka
berbelanjan mewah sebab mereka tidak merasai bagaimana susahnya rakyat
membanting tulang mencari rezeki untuk sesuap nasi. Mereka tidak tahu
ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak ada rumah atau tanah sendiri.
Mereka tidak peduli sama ada anak-anak keciciran dalam pelajaran kerana
tiada duit. Mereka tidak peduli semua itu!
Saya simpati kepada
penyokong Umno-BN yang miskin dan masih tidak memahami bahawa “menang
sorak kampung tergadai”. Mereka tidak nampak bahawa suatu hari nanti
negara yang mereka bangga-banggakan ini akan tergadai akibat keborosan
dan ketirisan parti yang mereka sokong selama ini.
Home »
Surat Pembaca
» Panda RM25 juta: Mewahnya BN berbelanja
Panda RM25 juta: Mewahnya BN berbelanja
Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 9:06 AM
Labels:
Surat Pembaca

Post a Comment