Oleh HAFIZAH KASIM
Saya
berpendapat, tidak mustahil pemerintah hari cuba mengelirukan rakyat
bagi mengekalkan kuasa
mereka. Agendanya ialah rakyat perlu
salahkan diri sendiri atas pelbagai masalah yang melanda Malaysia.
Matlamat utama ialah membentuk persepsi supaya rakyat tidak menukar
kerajaan.
Sebenarnya, rakyatlah yang menentukan sama ada
Malaysia maju ataupun tidak. Kerajaan tidak mainkan peranan utama.
Rakyatlah yang mainkan peranan utama. Jadi, apabila negara merudum,
rakyat yang menyalahkan diri sendiri, bukan kerajaan. Kerajaan tak
boleh buat apa-apa kalau rakyat tidak mahu maju. Jadi, kalau kita nak
negara kita maju, kita sendiri yang perlu berubah. Kerajaan tidak boleh
buat apa-apa. Jadi, ada sebab untuk tukar kerajaan kerana rakyatlah
yang menentukan sama ada negara maju atau tidak, bukan kerajaan.
Jadi,
itulah sebenarnya matlamat utama mereka, iaitu mereka mahu
mempengaruhi rakyat supaya tidak menukar kerajaan dan membiarkan
kerajaan sedia ada (BN) terus memerintah. Alasan mereka ialah kalau
tukar kerajaan pun, keadaan takkan bertambah baik, malah mungkin
bertambah buruk. Jadi, lebih baik biarkan saja kerajaan sedia ada dan
ubah diri sendiri supaya negara lebih maju.
Semuanya salah
rakyat. pemimpin tidak pernah salah. Pernahkah kita dengar kerajaan atau
para menteri menyalahkan diri sendiri apabila negara merudum?
Pernahkah menteri letak jawatan atas rasa tanggungjawab apabila sesuatu
yang buruk berlaku? Mereka tidak pernah salah, walhal mereka yang ada
kuasa dan duit kerana mereka menguasai kerajaan.
Ya, memang
betul bahwa rakyat mempunyai peranan. Tapi peranan utama terletak di
tangan parti yang menguasai kerajaan. Hal ini kerana mereka yang
menguasai kuasa dan duit bagi memastikan negara berada di landasan yang
betul. Jadi, sebenarnya, kerajaanlah yang memikul tanggungjawab paling
besar dan jika negara terus merudum, kerajaanlah yang paling patut
dipersalahkan.
Mereka memperalatkan segelintir agamawan serta
agen siber untuk menyebarkan propaganda ini. Harap pihak Pakatan dapat
bertindak supaya rakyat tidak termakan dengan taktik ini. Pada masa
sama, Pakatan perlu sentiasa memperbaiki khidmat kepada rakyat.
Home »
Surat Pembaca
» Awas strategi kelirukan rakyat
Awas strategi kelirukan rakyat
Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 9:08 AM
Labels:
Surat Pembaca

Post a Comment