Setahun selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum
ke-13 dengan undi dan
kerusi lebih sedikit, lebih ramai ahli Parlimen
pembangkang Pakatan Rakyat didakwa dan boleh jadi dipenjarakan.
Esok Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok akan didakwa di bawah Akta
Hasutan, beberapa minggu selepas mendiang Karpal Singh didapati bersalah
di bawah akta yang sama.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim besar kemungkinan akan
dipenjara buat kali kedua kerana didapati bersalah meliwat manakala
rakan PKR beliau, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka akan didakwa semula di
bawah Akta Perhimpunan Aman.
Baru dua minggu lepas Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta
Perhimpunan Aman – yang mewajibkan notis 10 hari sebelum perhimpunan –
tidak berperlembagaan.
Pada Julai 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan
Akta Hasutan akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional yang belum
siap ketika lebih ramai yang didakwa di bawah Akta Hasutan.
Apakah rakyat Malaysia atau 51% pengundi yang memberikan undi kepada
Pakatan akan hanya memandang wakil rakyat mereka satu persatu diambil,
yang berfikir mereka hanya boleh menang dengan membuatkan pembangkang
“hilang”?
Dan ia dari Najib yang dipuji kerana berjiwa reformis oleh Presiden Amerika Barack Obama yang melawat Malaysia dua minggu lalu.
Apakah kerajaan akan berkata ini adalah keputusan bebas pihak pendakwa
sedangkan semua tahu hatta operasi untuk mencari kapal terbang yang
hilang juga memerlukan kelulusan Putrajaya?
Atau pendakwaraya yang memaksa dakwaan terhadap Kok kerana hasutan
melalui klip video “Onederful Malaysia” dan Nik Nazmi kerana kesalahan
di bawah undang-undang yang tidak berperlembagaan.
Realitinya adalah semuanya terletak di tangan perdana menteri. Projek R&D juga memerlukan kelulusan beliau.
Apakah lagi mendakwa pembangkang?
Walaupun pilihan raya akan datang empat tahun lagi, namun usaha
sistematik untuk membuang pemimpin pembangkang yang popular menunjukkan
Putrajaya membelakangkan jiwa reformisnya dan kembali kepada cara lama.
Bagaimana lagi BN boleh menang pilihan raya selain dari secara fizikal
membuang pemimpin politik dengan menggunakan undang-undang kuno seperti
Akta Hasutan?
Apakah rakyat akan percaya lagi dengan slogan 1Malaysia yang dibuat
Najib "era kerajaan semua tahu sudah berlalu" bila beliau menjadi
perdana menteri 2009 lalu?
Tidak ada cara lain lagi melainkan memberitahu kerajaan bahawa rakyat
yang meletakkan mereka ke tampuk kuasa dan rakyat akan menjatuhkan
kerajaan yang gagal menunaikan janjinya
Menang PRU13 dengan selesa, setahun kemudian penjarakan musuh politik?
Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 9:57 AM
Labels:
Berita

Post a Comment