Oleh DATO’ DR KHAIRUDIN AMAN RAZALI
NEGARA Islam tidak ditegakkan atas dasar negara percukaian (darul jibayah) tetapi berasaskan
prinsip negara hidayah dan berkebajikan.
Negara percukaian meletakkan cukai sebagai dasar hasilan utama negara
yang perlu dioptimumkan sedangkan negara hidayah meletakkan cukai
sebagai hanya tindakan sementara di kala terdesak dan perlu diminimakan
dan bukan dimaksimakan.
Negara Islam meletakkan
bebanan kewangan negara ditanggung oleh golongan berada yang mempunyai
lebihan kewangan dan berkemampuan sebagai satu tanggungjawab harta bagi
menampung keperluan rakyat yang miskin dan kewangan negara apabila
bermasalah.
Golongan berada dalam Islam diberi pelbagai insentif
galakkan bagi mengoptimumkan semangat menyumbang secara sukarela kepada
negara di kala kewangan bermasalah dan kepada rakyat yang tidak
berkemampuan secara berterusan menerusi tajaan kewangan, sedekah, hibah,
hadiah dan wakaf negara.
Kehormatan harta rakyat
1. Islam
menghormati hak pemilikan harta manusia. Harta rakyat tidak boleh
diambil oleh kerajaan atas nama cukai dan sebagainya tanpa sebab.
2. Kerajaan mesti mengoptimumkan hasil negara menerusi pelbagai sumber bukan cukai.
3. Sekiranya berlaku kekurangan dana negara maka barulah cukai
dibolehkan untuk dikenakan kepada rakyat atas nama dharurat dan
keperluan dan ia mesti berlaku dengan pelbagai syarat yang ketat dan
hanya dengan sekadarnya demi memenuhi keperluan tersebut.
4. Disyaratkan juga untuk dikenakan cukai bahawa tidak berlaku sebarang ketirisan dan pembaziran perbelanjaan.
Sekiranya masalah kewangan negara berlaku kerana kegagalan kerajaan
menguruskan harta secara berhemah maka cukai haram dan tidak boleh
dikenakn kepda rakyat.
5. Apabila cukai rakyat diperlukan
kerajaan hanya boleh mengambil cukai daripada golongan berada yang
berkemampuan dan tidak boleh dikenakan kepada golongan miskin yang hanya
cukup makan atau faqir yang tidak cukup makan.
GST cukai yang zalim yang bercanggah dengan Islam kerana beberapa sebab:
1. Ia cukai atas perbelanjaan sedangkan cukai sepatutnya atas pendapatan.
2. Cukai atas perbelanjaan akan kena pada semua golongan kaya atau
miskin sedsngkn cukai sepatutnya hanya pada golongan berada yang
berkelapangan kewangan dan ada lebihan harta
3. Cukai GST
bersifat sumber tetap bagi kerajaan sedangkan cukai dalam islam
sepatutnya bersifat sementara untuk menangani permasalahan kewangan
negara yang terdesak.
Apabila kewangan sudah stabil cukai mesti dihapuskan
4. GST berlaku dalam suasana kewangan negara bermasalah dengan kadar
hutang melebihi 500 bilion kerana berlaku ketirisan dan pembaziran
perbelanjaan negara. Ia bercanggah dengan prinsip cukai dalam Islam yang
menegaskan tidak boleh dikenakan cukai kepada rakyat di saat berlaku
pembaziran kewangan negara.
5. Kadar cukai GST sebanyak 6 peratus
atas perbelanjaan bercanggah dengan prinsip cukai Islam yang sepatutnya
tidak melebihi 2.5 peratus. Kadar zakat yang wajib pun maksimanya 2.5
peratus atas pendapatan orang yang berkemampuan atau perniagaan atau
simpanan.
Inikan pula cukai yang sepatutnya bersifat sementara tidak boleh melebihi 2.5 peratus.
Kesan GST
1. Kajian yang banyak terhadap negara-negara yang telah melaksanakan
GST menunjukkan peningkatan harga barang yang tidak terkawal kerana
cukai tersebut. Akhirnya yang menjadi mangsa akhirnya rakyat yang tidak
berkemampuan.
2. GST akan menyebabkan berlaku inflasi yang
tinggi. Kesannya bersifat jangka pendek dan jangka panjang terhadap
kemampuan rakyat berbelanja di saat pendapatan rakyat pula berada pada
tahap sederhana.
3. Kesan GST pada kewangan peribadi rakyat
bawahan dan berpendapatan rendah disebabkan kenaikan harga barang dan
susut nilai pendapatan akan membawa negara pd suasana jenayah melibatkan
kewangan seperti curi, rompak dan penipuan.
4. GST akan
meletakkan rakyat bawahan berada pada situasi berhutang berpanjangan
hanya untuk melunaskan keperluan harian. Si kaya yang berkemampuan tidak
akan terasa dengan GST. Ia akan mewujudkan jurang yang makin lebar
antara si kaya dan si miskin yang akhirnya menggugat kestabilan
kehidupan bermasyarakat
>> Penulis adalah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu.
GST bercanggah dengan prinsip percukaian dalam Islam
Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 8:32 AM
Labels:
Fokus Isu

Post a Comment