Pelaksanaan undang-undang hudud menimbulkan pelbagai polemik apabila
Kelantan yang menjadi n
egeri pertama yang akan melaksanakannya selepas
Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan diluluskan. Wartawan
Harakah, NYZA AYOB mendapatkan kupasan lanjut isu ini bersama Pengerusi
Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa. Ikuti
wawancara bersama beliau yang diadakan pada 28 April lalu.
HARAKAH: Apakah halangan yang dihadapi Kelantan dalam melaksanakan undang-undang hudud ini?
DATO’
DR MUJAHID: Sejak 1993 apabila kerajaan Kelantan mula memperkenalkan
Kanun Jenayah Syariah, Kelantan telah menubuhkan jawatankuasa yang
berperanan memberi aspek penerangan kepada orang ramai tentang bagaimana
hendak ‘memperundangkan’ ia melalui falsafah hudud daripada segi
syariah secara menyeluruh dan sebagainya . Jadi jawatankuasa itu setiap
tahun berseminar mengenai hudud di Kelantan dan dijemput keluar untuk
memberikan seminar.
Tetapi setelah beberapa lama usaha itu
disempurnakan dan disiapkan perundangan itu, satu perkara yang
menyebabkan terhalang undang-undang di peringkat pusat, apa yang
dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah 1965. Itu dianggap sebagai
undang-undang yang memberikan batasan di peringkat negeri jika hendak
digubalkan, tidak boleh daripada enam kali sebatan, tiga tahun penjara
dan lima ribu ringgit denda. Dan oleh kerana undang-undang jenayah
syariah Kelantan, hudud itu berasaskan kepada qisas dan sebagainya,
perundangan itu melampaui had yang ditetapkan. Maka ia dianggap
bercanggah dengan peruntukan Federal.
HARAKAH: Sekatan undang-undang satu hal. Tapi nampaknya orang bukan Islam menentang sebab tidak faham?
DATO’
DR MUJAHID: Perkara ini muncul semula apabila perdebatan di Parlimen
persoal tentang peruntukan 635 ini iaitu Akta Mahkamah Syariah 1965.
Dengan cara ini perundangan ini dapat dilaksanakan. Tetapi entah macam
mana perkara ini ditukar kepada Private Bill. Perkara ini masih di bawah
perbincangan, dan bagaimana hendak dibawa dan ia telah diputuskan.
Kemudian timbul isu sama ada boleh diamallkan atau tidak perundangan
hudud ini daripada sudut infrastruktur iaitu mahkamah, mahkamah rayuan,
hakim yang pakar dalam kes yang melibatkan hudud serta peguam-peguam
yang mahir. Perkara-perkara itu sentiasa menjadi penghalang sehingga
pelaksanaan itu tidak dapat dibuat. Ini termasuklah polis dan penjara.
Presiden
PAS juga memperingatkan apabila perkara ini dalam suasana ruang awam
yang ada muslim dan non muslim. Maka kita kena bersedia menerima
kritikan-kritikan itu.
Bagi saya PAS perlu bersedia untuk
menerima kritikan daripada kawan dan lawan dalam cuba memperhalusi aspek
yang lebih details dan objektif tentang ‘memperundangkan’ hudud ini. Ia
berbeza antara undang-undang hudud dengan ‘memperundangkan’ ia.
‘Memperundangkan’ hudud di Saudi mungkin mengambil atas mazhab Abu
Hanifah.
HARAKAH: Bagaimana pula penjelasan yang perlu diberikan kepada pihak yang anti hudud ini?
DATO’
DR MUJAHID: Saya tidak mahu terheret dengan perbalahan mengatakan anti
hudud. Saya melihat adakah dia mempertikaikan itu daripada sudut apa.
Apa yang berlaku hari ini orang mempertikaikan daripada sudut
perundangan. Maknanya ‘memperundangkan’ ia. Contohnya, mencuri potong
tangan. Betul! Tapi hendak ‘memperundang’ potong tangan itu daripada
cara, saksi dan daripada segi peguam bela orang yang kena tuduh.
Perkara-perkara itu telah menimbulkan isu perundangan bukan falsafah
hudud itu sendiri. Ini pandangan saya.
HARAKAH: Bagi
Dato’, kenapa adanya pihak yang tidak suka dengan undang-undang syariah
tertegak di Malaysia walaupun mereka tahu ia undang-undang Islam?
DATO’
DR MUJAHID: Sebab tidak suka ini konotasinya terlalu umum. Kalau kita
kata dia tidak suka, dia benci dan atas kebencian dia kepada Islam, kita
boleh anggap dia benci. Tapi kalau dia melihat daripada segi
perundangan sahaja, daripada segi ‘memperundangkan ia’… teknikaliti ia,
orang ini boleh dianggap anti. Isunya daripada segi hukuman jelas dan
tiada siapa menafikan, daripada sudut falsafah hudud dan sebagainya.
Tetapi orang sekarang membincangkan tentang hendak ‘memperundangkannya’
bagaimana.
HARAKAH: Apakah perlu satu jawatankuasa bagi memperincikan daripada segi ‘memperundangkan’ hudud ini?
DATO’
DR MUJAHID: Saya mencadangkan jawatankuasa melibatkan kelompok yang
lebih besar, hakim-hakim, pengamal-pengamal undang-undang bukan sahaja
di Malaysia tetapi juga di negara-negara yang ada pengalaman
undang-undang Islam ini untuk mereka duduk dan memperincikan serta
mendalami daripada sudut ‘memperundangkan’ ini. Dan kerajaan harus
bersedia menyambut jawatankuasa ini dengan kerajaan sendiri membantu
mewujudkan jawatankuasa ini. Bentuk dia macamana…bagi saya daripada satu
aspek, Umno mungkin melihat isu hudud ini daripada segi kepentingan
politik, daripada satu benda substansi yang satu kandungan yang
memerlukan kajian objektif dan lebih details.
Bagi saya Umno,
belum ada jaminan Umno akan sokong sebab Jamil Khir sebagai menteri
bertanggung jawab hal ehwal agama menyatakan akan sokong dan Najib tidak
menunjukkan ke arah itu. Jadi, PAS jangan terperangkap pula dengan
jaminan-jaminan ini. Dan kita tahu Umno tidak akan bergerak kecuali
melalui apa yang Najib tentukan.
HARAKAH: Salah satu
usaha yang akan dilakukan PAS bagi memberi penjelasan dan kefahaman
kepada orang ramai termasuk bukan Islam dalam satu seminar yang akan
diadakan tidak lama lagi. Apakah keberkesanan melalui seminar seperti
ini?
DATO’ DR MUJAHID: Bagi saya mengadakan seminar
adalah yang terbaik kerana memberi peluang orang bertanya. Sudah tentu
orang yang paling dekat dengan kita di kalangan bukan Islam adalah Dewan
Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Saya berharap perbincangan selain
daripada segi falsafah tetapi juga daripada segi ‘memperundangkan’
daripada segi halangan dan cabaran di samping ada ruang untuk orang
bertanya. Di kalangan ahli DHPP juga mungkin ada yang belum memahami dan
mereka mungkin ingat kalau mencuri dan cukup saksi kena potong tangan.
Sedangkan ada proses untuk dia membela diri dia. Jadi ia perlu
dilanjutkan secara objektif dan bukan secara emosi sahaja.
HARAKAH:
Bagaimana keharmonian dalam Pakatan Rakyat dapat dipelihara
memandangkan ada di kalangan rakan Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan
pelaksanaan hudud ini?
DATO’ DR MUJAHID: Baru-baru ini
telah dikeluarkan kenyataan bersama Pakatan Rakyat tentang isu hudud
ini. Saya rasa ia menjadi asas panduan dan pada masa yang sama kita
berbincang tentang hudud. Kita akan berhadapan secara terbuka dengan
kawan kita mahupun lawan kita dengan berbincang dan menjelaskannya.
Perkara ini sudah termasuk dalam lingkungan demokrasi, maka kita
bersedia untuk orang mengkritik.
Dan saya seru kepada ahli-ahli
PAS jangan cepat melatah apabila ada orang hendak bincang pasal hudud.
Jangan kita kata,’tidak boleh bincang…ini anti hudud…’ Ini tidak betul.
Kita bukan mempertikai hudud seperti mana mereka bukan mempertikai
falsafah hudud itu. Dalam konteks demokrasi ini kita berbincang dalam
konteks ruang demokrasi dan perundangan itu. Saya berharap PAS, DAP dan
KeADILan menjaga diri daripada membuat kenyataan yang boleh menyebabkan
tersinggung. Sebab merujuk kepada keputusan Majlis Presiden menyatakan
bahawa PAS bersetuju untuk rakan-rakannya dalam DAP untuk tidak
bersetuju.
Maknanya PAS menerima hakikat mereka tidak bersetuju
terhadap undang-undang ini dan apa yang terbaik ialah kita mengamalkan
konsep bersetuju untuk tidak bersetuju. Itu boleh menamatkan perbalahan
dan kalau DAP mengatakan tidak bersetuju, bagi kita itu tidak perlu nak
respons sebab kita dah terima mereka berhak untuk tidak bersetuju.
Pada
masa yang sama, Umno janganlah cuba memisahkan PAS dengan rakan-rakan
dan pada masa yang sama Umno pun hendak menimbulkan yang dia pun Islamik
sedangkan belum ada jaminan benda itu akan berlaku. Sudah cukup dia
(Umno) gunakan ruang ini untuk belasah kita. Oleh itu semua pihak kena
kawal diri dalam keadaan tegang ini. Termasuk orang PAS sendiri jangan
cepat melenting.
Cara 'memperundangkan' hudud dari segi syariah
Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 8:30 AM
Labels:
Wawancara

Post a Comment