Headlines News :
Home » » Lagu 'Marmie Maafkan Ku' bukan untuk Fiza - Adam

Lagu 'Marmie Maafkan Ku' bukan untuk Fiza - Adam

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 9:03 AM

KUALA LUMPUR 5 Mei - Penyanyi Adam menafikan lagu 'Marmie Maafkan Ku' dituju khas
kepada bekas isterinya, Fiza Abdul Halim.
Menurut Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 31, lagu ciptaan komposer Bajai itu tiada kaitan dengan dirinya atau rumah tangga yang pernah dibinanya sebelum ini.
"Lagu itu tiada kaitan dengan kami berdua. Ia adalah kisah cinta komposer Bajai dan saya sebagai penyanyi hanya menyampaikan lagu itu dengan penuh penghayatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelasnya, 'Marmie Maafkan Ku' adalah single terbaharu selepas lagu 'Penggodam Jiwa' dalam usahanya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni suara.
Adam berharap orang ramai tidak membuat spekulasi sendiri kerana sesungguhnya lagu berentak balada itu bukanlah lagu istimewa daripadanya untuk Fiza.
Kedua mereka telah mendirikan rumah tangga pada pada 26 September 2013 di Pejabat Jabatan Agama Islam (JAIS), Shah Alam dan bercerai pada 28 April lalu.
Dalam pada itu Adam yang enggan mengulas lebih lanjut berkaitan perceraiannya itu berkata, jika ditakdirkan mereka kembali hidup bersama, dia terima dengan reda dan begitu juga sebaliknya.

Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pak Nayan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger