27 April 2014 merupakan hari yang penuh dengan peristiwa bagi saya. Saya
amat bertuah kerana terpilih untuk menghadiri sesi satu jam bersama
Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama.
Berada di dalam
Dewan Tuanku Canselor Univeristi Malaya bersama beliau, menyaksikan
Presiden Amerika keturunan Afrika-Amerika pertama dalam sejarah dan
menerima kata-kata galakan dan motivasi dari beliau sendiri adalah satu
pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Walaupun ramai di
antara kita kecewa dengan soalan ditujukan kepada presiden pada sesi
soal jawab , kita harus menghargai hasil positif majlis itu dan saya
mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Amerika Syarikat dan Young
Southeast Asia Leaders Initiative (YSEALI) kerana menganjurkan majlis
yang bersejarah dan jarang-jarang berlaku di Malaysia ini.
Presiden
Obama mengambil inisiatif - atau seperti yang dikatakannya , memilih
"untuk bergembira ... untuk mendengar terus dari orang-orang muda" –
meluangkan masa satu jam bersama para pemimpin anak muda dari seluruh
Asia Tenggara. Malangnya di negara kita, tidak ramai pemimpin yang mahu
melakukan perkara yang sama untuk melibatkan diri dengan orang-orang
muda, menggalakkan mereka untuk menjadi sebahagian daripada usaha
pembinaan negara dan mempunyai keupayaan untuk memberi galakan dan
inpirasi benar-benar ikhlas kepada orang-orang muda ini.
Saya
gembira Presiden merasakan bahawa pendapat orang muda perlu diambil
serius. Melihat kepada wajah-wajah muda yang mengambil bahagian dalam
acara itu, kebanyakan mereka adalah mahasiswa yang menurut undang-undang
kita tidak lama dahulu telah tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian
dalam politik partisan negara.
Usaha Presiden Obama dalam
melibatkan diri dengan orang muda harus dipuji. Young Southeast Asia
Leaders inisiatif hasil idea dari Obama sendiri merantau ke seluruh Asia
Tenggara , mencari peluang untuk mendengar perkongsian anak-anak muda
tentang idea-idea mereka, menggalakkan pertukaran pendapat dan buah
fikiran juga menghubungkan mereka di antara satu sama lain.
Beliau
mengiktiraf impak anak-anak muda terhadap dunia, beliau juga menghargai
penglibatan masyarakat sivil (civil societies) dalam masyarakat kita.
Presiden Obama memperuntukkan satu jam lagi untuk bertemu pemimpin
masyarakat sivil di antaranya dari Suhakam , BERSIH , Majlis Peguam, dan
Islamic Renaissance Front. Mereka ini jarang sekali mendapat walau satu
jelingan pun dari sesetengah pemimpin negara kita.
Malaysia adalah sebuah negara yang muda
Hampir
dua pertiga daripada penduduk di Asia Tenggara adalah di bawah usia 35
tahun. Malaysia sendiri adalah sebuah negara yang muda . Menurut Jabatan
Perangkaan Malaysia, 64 peratus daripada penduduk Malaysia berusia
bawah 35 tahun.
Peratusan pengundi di bawah 40 pada PRU lepas
ialah 42 peratus. Peratus yang agak besar menunjukkan anak-anak muda
mempunyai suara yang agak kuat jika kita memilih untuk bersuara. Kami
boleh menentukan siapa yang sepatutnya berada di tampuk kuasa. Kami
mempunyai keupayaan untuk mengubah arah tuju negara ini. Ini termasuk
berkenaan dasar-dasar mana yang perlu dikuatkuasakan dan undang-undang
apa yang patut dilaksanakan .
Anak-anak muda perlu bersemangat,
ada kemahuan untuk terlibat, rajin menuntut ilmu sebelum terlalu gopoh
untuk menegakkan apa yang mereka percaya supaya pendapat mereka diambil
serius dan perjuangan mereka membawa makna. Jika tidak, rugilah masa
dan perhatian yang diberikan kepada mereka. Ingin menjadi lantang dan
mahu bersuara adalah perkara yang terpuji tetapi harus diingat bahawa
ianya memalukan apabila yang jahil dan sombong terlalu kuat berbicara.
Anak
muda juga harus mencari platform dan mengatur strategi dengan baik.
Libatkan diri dengan organisasi atau kumpulan yang menghargai bakat dan
usaha kita dan juga mendengar suara kita, bukannya sebagai hanya satu
lagi muka muda untuk selfie bersama sahaja.
Anak-anak muda
mempunyai kuasa untuk menegakkan demokrasi. Kita perlu sedar keupayaan
kita dan impak yang kita boleh mempunyai di dunia. Bersama-sama, kita
boleh menjadi satu kuasa atau force yang disegani.
Pakatan Rakyat
melihat kepentingan orang muda dalam hal ini, seperti yang terbukti
pada majlis Townhall, Ahli Parlimen dan ADUN muda dari Pakatan Rakyat
telah dijemput kerana mereka sebenarnya cukup muda untuk mengambil
bahagian dalam acara khas untuk peserta di bawah umur 35 tahun.
Namun
begitu, saya tidak nampak wakil rakyat dari parti pemerintah di dalam
acara tersebut kecuali, YB Menteri Belia & Sukan. Ini terang lagi
bersuluh menunjukkan bahawa pihak pembangkang memberi kepercayaan yang
utuh dan amanah kepada anak-anak muda.
Prinsip-prinsip asas dikongsi mewujudkan perpaduan
Presiden
Obama juga mengingatkan kita bahawa kita perlu memastikan kita bersuara
di dalam kehidupan seharian dan berada di sisi politik yang
menyatupadukan masyarakat dan bukannya memisahkannya. Kita juga harus
menghormati prinsip asas yang dikongsi oleh pelbagai agama di dunia ini.
Jika kita tidak dapat menghormati prinsip-prinsip asas , contohnya love
thy neighbour, speak the truth, do no harm dan do unto others what you
would have them do unto you, ketamadunan kita akan terus mundur
kebelakang dan bukannya maju ke depan.
Prinsip-prinsip asas yang
dikongsi bersama oleh semua agama menunjukkan bahawa perbezaan antara
kita adalah cetek dan persamaan kita lebih dalam. Prinsip-prinsip ini
mampu mewujudkan perpaduan tanpa mengira agama dan warna kulit di mana
perbezaan kita tidak lagi membawa masalah tetapi kita tertanya-tanya
mengapa kita masih sentiasa mempunyai konflik antara kaum dana gama?
Kita
harus melihat kembali prinsip-prinsip asas untuk sama-sama maju dan
bergerak ke hadapan, ke arah perpaduan, Malaysia yang bersatu padu. Kita
juga perlu memupuk cinta kita untuk negara Malaysia dan melakukan apa
sahaja yang termampu untuk kebaikan dan keagungan tanah air kita
bersama.
Patriotisme adalah cool. Perkauman pula tidak
Saya
memetik Obama, "Kita mesti mengakui bahawa demokrasi tidak berhenti
hanya dengan pilihan raya, mereka juga bergantung kepada institusi yang
kukuh dan masyarakat sivil yang subur dan ruang politik terbuka, dan
toleransi orang -orang yang berbeza daripada yang anda Kita perlu
mewujudkan satu . persekitaran di mana hak setiap warganegara , tanpa
mengira bangsa atau jantina, atau atau agama bukan sahaja dilindungi,
tetapi dihormati. "
Saya bersetuju dengan Presiden Obama. Jadi, adakah anda juga setuju dengan saya ?
27
April 2014 merupakan hari yang penuh dengan peristiwa bagi saya. Bukan
hanya kerana saya dapat menghadiri acara Townhall yang bersejarah, saya
menontoh persembahan tarian dabus dari Perak yang semakin ditelan zaman
anjuran Pusaka, saya juga bertemu seniawati Sofia Jane popular dengan
watak Tun Teja di dalam Puteri Gunung Ledang, saya juga dapat fistbump
Presiden Amerika Syarikat, Obama sendiri!
*Penulis adalah setiausaha politik kepada Lim Kit Siang (MP DAP-Gelang Patah) -
Home »
Surat Pembaca
» Satu jam bersama Obama
Satu jam bersama Obama
Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 8:56 AM
Labels:
Surat Pembaca

Post a Comment