Oleh SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Abdel
Fattah al-Sisi, Jeneral yang mengulingkan Mohamed Mursi, Presiden
Pertama yang dipilih
secara demokratik, telah melanggar tata susila dan
dianggap sebagai perampas hak rakyat yang secara sah memilih Mursi
sebagai pemimpin negara Mesir.
Dengan kekuatan
tentera yang ada dan seolah-olah tentera mengatasi segala pentadbiran
negara dan tidak mengikut perundangan yang sepatutnya dipatuhi maka,
terjadilah perampasan kuasa yang mengecewakan rakyat dan juga dunia
terutama sekali dunia Islam.
Yang menjadi masalahnya apabila
sesiapa juga yang menentang Jeneral al-Sisi akan ditangkap ataupun
dibunuh dengan begitu kejam.
Terbaharu, lebih 500 rakyat Mesir
penentang al-Sisi diberkas dan dijatuhkan hukuman bunuh. Tindakan ini
adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan dan amat kejam sekali.
Kini
Jeneral al-Sisi berhasrat untuk bertanding jawatan presiden Mesir.
Sudah tentu sekali undian itu sekali lagi akan menjadi kontroversi
kerana mana mungkin beliau akan kalah.
Hal ini kerana apabila
beliau berhasrat untuk bertanding bermakna beliau sudah pastikan dan
sudah diaturkan bahawa beliau akan menang dalam apa keadaan sekali pun.
Inilah yang diramalkan akan terjadi dan tidak mungkin dapat
memadamkan kemarahan rakyat Mesir. Keadaan ini akan menghuruharakan dan
mengeruhkan lagi suasana selagi demokrasi yang adil tidak dapat
dikembalikan semula kepada Mohamed Mursi sebagai Presiden Mesir yang
sah.
Sepatutnya negara-negara Islam yang lain termasuk
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktiraf Kerajaan yang
tidak sah dan menzalimi rakyatnya sendiri
Home »
Surat Pembaca
» Jangan iktiraf kerajaan al-Sisi
Jangan iktiraf kerajaan al-Sisi
Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 9:10 AM
Labels:
Surat Pembaca

Post a Comment