Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN
TIGA Hakim Mahkamah Ra yuan telah memutuskan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim
bersalah dan dihukum lima tahun penjara.
Mengambil kira Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Un dangan Negeri (Dun)
Kajang, keputusan tersebut bu kanlah begitu memeranjatkan. Sejak bila
perbicaraan kes Anwar adalah normal?
Anwar memulakan langkah ‘Gerakan Kajang’ tetapi musuh beliau juga mengambil langkah lain untuk menggagalkan gerakan Kajang.
Keputusan rayuan Anwar seolah-olah mematikan ‘Gerakan Kajang’ namun
musuh Anwar perlu sedar ini bukan permainan chess.Meremehkan Anwar
bermakna musuh Anwar masih belum memahami gerakan taktikal Anwar.
Rayuan
Anwar memihak kepada pihak pendakwa dan berakhir dengan keputusan Anwar
bersalah. Namun mungkin ramai tidak sedar bahawa dalam mencapai
keputusan bersalah itu ramai pihak atau institusi yang juga hakikatnya
melakukan kesalahan .
Bezanya Anwar didapati bersalah manakala pihak atau institusi tersebut tidak diisytiharkan bersalah.
Perbicaraan Anwar malangnya menunjukkan be tapa hodohnya rupa penyia
satan polis. Kes Anwar menyaksikan penyiasatan polis yang bercelaru yang
dike tuai oleh pegawai penyiasat yang integritinya diragu.
Pertama, terdapat keputusan oleh Suruhanjaya Siasatan Suhakam sebagai
saksi penipu. Kedua, peguam yang mewakili pendakwa dalam rayuan kes
Anwar juga terlibat dalam Suhakam sebelum ini yang memutuskan pegawai
siasat ini adalah penipu.
Ketiga, Hakim Mah kamah Tinggi Kuala
Lumpur juga menerima bantahan Majlis Peguam yang membantah kemasukan pe
gawai penyiasat ini sebagai peguambela dan peguamcara atas alasan
pegawai penyiasat ini adalah seorang yang tidak mempunyai integriti.
Saksi ini juga tidak meng ikut prosedur penyimpanan eksibit apabila
sampel DNA yang sepatutnya disimpan di peti sejuk hanya disimpan di
dalam almari polis. Menyimpan eksibit yang amat mudah rosak (perishable
evidence) di tempat yang tidak selamat adalah satu kesilapan yang paling
tidak boleh diterima oleh mana mana pengamal undang undang hatta
pelajar tahun satu fakulti undang undang
Penyiasatan polis adalah
asas utama undang-undang jenayah. Fungsi utama penyiasatan adalah untuk
men cari kebenaran sekali gus mengenalpasti punca jenayah dan identiti
penjenayah.
Sebab itu kelemahan dalam penyiasatan bukan sahaja
menjejaskan kes pihak pendakwa tetapi juga orang kena tuduh. Malahan
pihak yang kena tuduh lebih lebih lagi terancam kerana amat mudah
seorang yang kena tuduh menjadi mangsa penyalahgunaan pendakwaan akibat
penyiasatan yang lemah.
Atas dasar itu integriti dan profesionalisme pegawai penyiasat memainkan peranan penting dalam penyiasatan.
Suatu yang sukar diterima akal bahawa Mahkamah Rayuan boleh menerima hu
jah pendakwa untuk menerima keterangan saksi pe gawai penyiasat, Jude
Pareira mengambil kira kredibiliti dan integriti beliau yang amat
diragui dan boleh dipersoalkan.
Jika peguam pendakwa sendiri yang
terlibat da lam siasatan Suhakam me nyatakan Jude Pareira adalah
penipu, adakah mu nasabah beliau pula ber hujah di Mahkamah Rayuan
meminta Mahkamah menerima keterangan saksi yang penipu tersebut bagi
membenarkan rayuan pendakwa.
Bagaimanapun bukan sa haja institusi
penyiasatan yang dibicarakan dalam kes Anwar. Agensi pendakwaan juga
turut dibicarakan tentang pendirian pihak Peguam Negara tentang rayuan
Anwar.
Mengapa Razak Baginda bebas?
Jika keputusan
Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dirayu mengapa pula keputusan Hakim
Mahkamah Tinggi membebaskan tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya
Shaariibuu, Abdul Razak Baginda tidak dirayu?
Bukankah kes
pembunuh an Altantuya lebih se rius dan menjejaskan imej dan integriti
keseluruhan sistem keadilan di negara ini? Jadi mengapa Razak Baginda
dilayan berbeza dari Anwar?
Bukankah hakim yang membebaskan Razak
Baginda pada masa itu hakim yang lebih junior yang mana keputusan
beliau mem bebaskan Razak Baginda dari jenyah yang kejam dan memalukan
negara sepatutnya diuji di Mahkamah Rayuan tetapi kenapa ia tidak
dilakukan?
Bukankah kes Razak Ba ginda lebih serius, mengapakah
Peguam Negara bukan sahaja tidak merayu malahan tidak mengetuai pasukan
pendakwa membawa pembunuh dan mereka yang bersubahat dalam pembunuhan
ngeri itu bagi mendapatkan keadilan sebenar kepada keluarga Altantuya.
Mengapakah dalam kes Razak Baginda khidmat peguam senior persendirian
tidak digunakan bagi mendakwa Razak Baginda dan dua yang lain?
Cuma ada sedikit persamaan dalam kes Anwar dan kes Razak Baginda iaitu
Razak Baginda kenalan rapat dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’
Shafie Abdullah juga boleh dikatakan begitu kerana dilantik oleh Perdana
Menteri untuk ke Perancis bagi satu misi khas yang ramai mendakwa ada
kaitan dengan isu kapal selam.
Malahan pernah dibangkitkan sebelum ini Shafie di katakan berada bersamasama Saiful di rumah Najib.
Diskriminasi juga boleh dilihat dalam kes skandal PKFZ membabitkan
bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik. Apabila Ling Liong Sik, pemimpin
MCA diputuskan tidak bersalah atas tuduhan menipu Kabinet ber kaitan
kes PKFZ, Peguam Negara memilih untuk tidak merayu.
Shafie tidak dilantik sebagai pendakwa untuk men dakwa Ling Liong Sik.
Kesemua ini menunjukkan bahawa jaminan keadilan sama rata di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan adalah palsu.
Satu perkara yang mungkin tidak disedari oleh musuh Anwar adalah tuduhan ke atas Anwar melibatkan hukum Islam berhubung qazaf.
Saiful sebagai pengadu bersalah di bawah hukum Islam kerana gagal
membawa empat saksi bagi membuktikan tuduhan ke atas Anwar. Berdasarkan
hukum al-Quran ini orang seperti Saiful yang menuduh Anwar tanpa empat
saksi bukan sahaja patut disebat 80 rotan malahan beliau dianggap fasik
dan kete rangannya tidak boleh diterima.
Kes Anwar: Siapa salah sebenarnya?
Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 9:46 AM
Labels:
Artikel

Post a Comment